Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Malaysia
- Posted on 15th September 2013
- in Uncategorized
- by asriupm
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan inisiatif dalam Memperkasakan Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 antaranya ialah:
1. Tambahan Dana Tekun RM700j dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM300j.
2.Skim Permulaan Enterpreneur Baru Bumiputera (Superb) bantu syarikat dengan dana permulaan RM100j.
3. EKUINAS ambil alih peranan sebagai peranan peneraju program Skim Jejak Bumiputera bagi bimbing syarikat bumiputera di Bursa Malaysia.
4. Kementerian dan GLC diminta untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor dan pemilihan vendor berasaskan meritokrasi.
Kerajaan juga perlu memastikan agensi berkaitan mempunyai sistem yang stabil dalam memantau perkara ini supaya bukan usahawan yang sama mendapat bantuan dan usahawan bumiputera perlu bekerjasama dalam berkongsi idea yang lebih kreatif dan jangan mementingkan periuk nasi sendiri sahaja.
AYUH BUMIPUTERA BERGANDING BAHU dalam meningkatkan ekonomi masing-masing dengan mempunyai perniagaan sendiri dan menguruskan bantuan yang dimohon dengan sebaiknya.
~mamn shelfco enterprise ~
Terus berusaha.